Majlis Penutupan Program Inkubator Latihan Kemahiran Usahawan
20 December 2013
16 December 2013
Pendaftaran Pelajar Baru Program Murid Bekeperluan Khas (MBK)
Selamat datang kami ucapkan kepada semua pelajar baru Program Murid Bekeperluan Khas (MBK) - Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kami mengalu-alukan kedatangan para pelajar yang mendaftar di pusat pengajian kami.
28 October 2013
Sabah Hospitality Fiesta 2013
Assalammualaikum semua.
Untuk pengertahuan bersama, pihak IPPNS & KAYNS telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai pertandingan memasak yang berlangsung di Kompleks Karamunsing, Sabah.
Mereka bertolak pada 25 Oktober 2013 dan pulang ke semenanjung pada 27 Oktober 2013. Pertandingan tersebut berlangsung pada 26 Oktober 2013.
Hasil dari pertandingan tersebut, 2 orang pelajar IPPNS telah memenangi pingat daripada 4 orang yang menyertai pertandingan itu.
Masing-masing membawa pulang 1 Pingat Emas & 1 Pingat Gangsa hasil dari pertandingan memasak itu.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang, kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa kerana rezeki ada dimana. Cuba lagi di pertandingan yang akan datang.
Pelajar yang telah memenangi pingat emas itu adalah Amirul Nazirin Bin Mohd Rozaini dan pingat gangsa adalah Fakhri Zunnurain Bin Mohd Jais.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang!
24 October 2013
Peserta dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan
Assalammualaikum semua.
Untuk pengetahuan bersama, sudah 3 minggu Kursus Jangka Pendek Kulinari, Pastri & Inkubator di jalankan.
Syukur alhamdulillah penerimaan peserta sangat baik dan mereka gembira sepanjang kursus di jalankan.
Pada 23 Oktober 2013, para peserta Kursus Jangka Pendek telah pergi ke Klana Jaya untuk menempah baju Kulinari & Pastri untuk kegunaan semasa kursus.
Ini antara gambar aktiviti di Klana Jaya.
11 October 2013
Program Kursus Jangka Pendek Pastri
Assalammualaikum semua.
Tahniah kepada para peserta program Kursus Jangka Pendek Pastri.
Masuk hari ini, sudah 5 hari kursus tersebut dijalankan dan peserta dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan sangat berpuas hati dengan layanan dari pihak Institut Perhotelan & Pelancongan Negeri Sembilan (IPPNS).
Terima kasih kepada salah seorang peserta kursus ini kerana gambar aktiviti dibawah.
Ini adalah antara aktiviti mereka semasa kursus dijalankan.
10 October 2013
Pendaftaran Kursus Jangka Pendek Kulinari, Pastri & Inkubator
Assalammualaikum semua.
Untuk pengetahuan bersama, Kumpulan Akademi YNS telah menjalankan Program Kursus Jangka Pendek bagi kursus Kulinari, Pastri & Inkubator.
Kursus dijalankan di Institut Perhotelan & Pelancongan Negeri Sembilan(IPPNS) dibawah penyeliaan Institut Pengurusan & Perindustrian Yayasan Negeri Sembilan(IPPYNS).
Program ini adalah kerjasama Kumpulan Akademi YNS bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan.
Kursus Jangka Pendek ini dijalankan selama 2 bulan setengah dibawah pemantauan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan serta Institut Pengurusan & Perindustrian Yayasan Negeri Sembilan.
Para peserta yang mengikuti kursus ini akan memperoleh sijil penghargaan serta input2 yang berguna untuk mereka yang berminat menjalankan perniagaan persendirian kerana kursus ini menyediakan cara-cara untuk memulakan sebuah perniagaan kecil-kecilan.
Semoga para peserta yang mengikuti kursus ini mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna.
Ini adalah antara aktiviti sementara pendaftaran Kursus Jangka Pendek Kulinari, Pastri & Inkubator.
Bagi kursus Kulinari, kelas akan bermula pada 16 Oktober 2013.
04 October 2013
Pesta Buku Negeri Sembilan
Assalammualaikum semua.
Pada 3 Oktober 2013, pihak IPPNS telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Negeri Sembilan.
Bertempat di Terminal One, Seremban. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan lawatan tersebut berharap mendapat pengetahuan luas dan dapat mempupuk semangat membaca dalam diri penuntut institusi kami.
Ini adalah antara aktiviti semasa lawatan tersebut.
30 September 2013
Lawatan Pemantauan Oleh PEMBINA & EPU
Assalammualaikum semua.
Pada 26 September 2013 (Khamis), KAYNS menerima Lawatan Pemantauan dari PEMBINA(Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional) & EPU-JPM(Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)
Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan pembelajaran dan kemajuan program yang sedang dijalankan.
Ini antara gambar aktiviti semasa lawatan dijalankan.
20 September 2013
Lawatan Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Sembilan
Assalammualaikum & selamat pagi kepada semua.
Pada 19 September 2013, Kumpulan Akademi YNS menerima lawatan dari Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan iaitu Puan Afroza Banu Binti Abd Halim serta petugas-petugas yang lain mengiringi Puan Pengarah.
Kami amat berbesar hati menerima lawatan dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan.
Kami berharap layanan dari pihak Kumpulan Akademi YNS kepada Puan Pengarah dapat memenuhi kehendak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)