Assalammualaikum semua.
Untuk pengetahuan bersama, Kumpulan Akademi YNS telah menjalankan Program Kursus Jangka Pendek bagi kursus Kulinari, Pastri & Inkubator.
Kursus dijalankan di Institut Perhotelan & Pelancongan Negeri Sembilan(IPPNS) dibawah penyeliaan Institut Pengurusan & Perindustrian Yayasan Negeri Sembilan(IPPYNS).
Program ini adalah kerjasama Kumpulan Akademi YNS bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan.
Kursus Jangka Pendek ini dijalankan selama 2 bulan setengah dibawah pemantauan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan serta Institut Pengurusan & Perindustrian Yayasan Negeri Sembilan.
Para peserta yang mengikuti kursus ini akan memperoleh sijil penghargaan serta input2 yang berguna untuk mereka yang berminat menjalankan perniagaan persendirian kerana kursus ini menyediakan cara-cara untuk memulakan sebuah perniagaan kecil-kecilan.
Semoga para peserta yang mengikuti kursus ini mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna.
Ini adalah antara aktiviti sementara pendaftaran Kursus Jangka Pendek Kulinari, Pastri & Inkubator.
Bagi kursus Kulinari, kelas akan bermula pada 16 Oktober 2013.
No comments:
Post a Comment