Assalammualaikum semua.
Untuk pengertahuan bersama, pihak IPPNS & KAYNS telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai pertandingan memasak yang berlangsung di Kompleks Karamunsing, Sabah.
Mereka bertolak pada 25 Oktober 2013 dan pulang ke semenanjung pada 27 Oktober 2013. Pertandingan tersebut berlangsung pada 26 Oktober 2013.
Hasil dari pertandingan tersebut, 2 orang pelajar IPPNS telah memenangi pingat daripada 4 orang yang menyertai pertandingan itu.
Masing-masing membawa pulang 1 Pingat Emas & 1 Pingat Gangsa hasil dari pertandingan memasak itu.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang, kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa kerana rezeki ada dimana. Cuba lagi di pertandingan yang akan datang.
Pelajar yang telah memenangi pingat emas itu adalah Amirul Nazirin Bin Mohd Rozaini dan pingat gangsa adalah Fakhri Zunnurain Bin Mohd Jais.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang!