S Pink Premium Pointer Kumpulan Akademi YNS: Bengkel Pembangunan WIM & Penilaian Berdasarkan NOSS

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

17 September 2013

Bengkel Pembangunan WIM & Penilaian Berdasarkan NOSS

Assalammualaikum semua.
Untuk pengetahuan bersama, pihak KAYNS mengadakan Bengkel Pembangunan WIM & Penilaian Berdasarkan NOSS baru untuk para pensyarah ITYNS & IPPNS.
Sejajar dengan sistem baru dalam pembelajaran di institut kami, para pensyarah diberi peluang untuk mengikuti bengkel tersebut supaya para pelajar di institut kami menerima silibus pembelajaran yang terkini.
Penceramah jemputan kami adalah En.Shaari dari Institut Latihan Perindustrian Pedas N.S.
Ini adalah sebahagian aktiviti semasa bengkel dijalankan.





No comments:

Post a Comment

 

Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)

ITYNS adalah sebuah Pusat Bertauliah dengan Kod Pusat K-14030. Kursus-kursus kemahiran sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 ditawarkan di institut ini.

ITYNS telah didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 JPNS/PP(IPTS) 06/99. Pendaftaran di bawah Akta 555 ini membolehkan ITYNS menawarkan kursus sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.

ITYNS (pada masa dahulu dikenali dengan nama Institut Teknologi Seremban) ditubuhkan pada bulan Januari 1997 dan beroperasi di lot 49-52, Tingkat 2 & 3 Bangunan PKNNS, Jalan Tuanku Antah, Seremban sebelum berpindah ke kampus tetap iaitu di Gentam, Kuala Pilah pada bulan Julai 2004.

Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan(IPPNS)

IPPNS adalah sebuah Pusat Bertauliah dengan Kod Pusat K-14044. Kursus-kursus kemahiran sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 ditawarkan di institut ini.

IPPNS telah didaftarkan dibawah Kementerian Pelancongan dengan nombor lesen KKKP/PLN : 900-22/2/0107. Pendaftaran di bawah Kementerian Pelancongan ini membolehkan IPPNS menawarkan kursus sehingga ke peringkat Diploma.

IPPNS ditubuhkan pada bulan Januari 2009 dan beroperasi di No.21 & 22, Jalan Era Square 3, Era Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Institut Pengurusan Yayasan Negeri Sembilan