S Pink Premium Pointer Kumpulan Akademi YNS: Pendaftaran Pelajar Sesi September 2013

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

02 September 2013

Pendaftaran Pelajar Sesi September 2013


Tahniah & Selamat Datang ke Pusat Bertauliah kami!

Assalammualaikum semua.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar yang baru mendaftar di Kumpulan Akademi YNS(KAYNS) iaitu Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan(ITYNS) & Institut Perhotelan & Pelancongan(IPPNS).
Seramai 15 orang pelajar mendaftar di Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS) dan seramai 5 orang pelajar mendaftar di Institut Perhotelan & Pelancongan Negeri Sembilan (IPPNS).
Selamat menjalani teori & praktikal kursus yang anda mohon.
Kami akan pastikan pelajar mendapat kemahiran yang mencukupi selaras dengan misi kami iaitu mengeluarkan graduan yang terlatih dan mahir untuk industri.

No comments:

Post a Comment

 

Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)

ITYNS adalah sebuah Pusat Bertauliah dengan Kod Pusat K-14030. Kursus-kursus kemahiran sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 ditawarkan di institut ini.

ITYNS telah didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 JPNS/PP(IPTS) 06/99. Pendaftaran di bawah Akta 555 ini membolehkan ITYNS menawarkan kursus sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.

ITYNS (pada masa dahulu dikenali dengan nama Institut Teknologi Seremban) ditubuhkan pada bulan Januari 1997 dan beroperasi di lot 49-52, Tingkat 2 & 3 Bangunan PKNNS, Jalan Tuanku Antah, Seremban sebelum berpindah ke kampus tetap iaitu di Gentam, Kuala Pilah pada bulan Julai 2004.

Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan(IPPNS)

IPPNS adalah sebuah Pusat Bertauliah dengan Kod Pusat K-14044. Kursus-kursus kemahiran sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 ditawarkan di institut ini.

IPPNS telah didaftarkan dibawah Kementerian Pelancongan dengan nombor lesen KKKP/PLN : 900-22/2/0107. Pendaftaran di bawah Kementerian Pelancongan ini membolehkan IPPNS menawarkan kursus sehingga ke peringkat Diploma.

IPPNS ditubuhkan pada bulan Januari 2009 dan beroperasi di No.21 & 22, Jalan Era Square 3, Era Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Institut Pengurusan Yayasan Negeri Sembilan